Bismillahi Alhamdulillah❤️
Esok genaplah usia perkahwinan ku bersama si dia selama 8 tahun..
Pengalaman yang banyak mengajar erti kehidupan..
Aku dikurniakan 4 orang cahaya mata 🐞🌹🐞🌹
Bukan mudah..
Kesabaran yang mudah diungkap menuntut pengorbanan, air mata, keringat dan darah…
Setiap insan pasti diuji, kita hanya perlu tempuh ia..
Selama perjalanan ini banyak yang ku pelajari..
Banyak yang ku redah..
Namun setiap kesakitan di jiwa hanyalah perlu kembali kepadaNya..
Tiada yang lebih baik hanya dari Dia..
Aku pernah diuji dengan Panic, Anxiety..
Pasti ramai yang sama juga pernah melaluinya..aku tidak mahu berjumpa sesiapa, bercakap, bising, apatah lagi diganggu. Ah Serabut!
Ini bukan cerita menagih simpati..jika sakit berjumpa dengan Ahlinya.. jangan terlalu berkongsi akan kelemahan kita.. bukan semua mengerti..
Jangan terlalu mempamerkan ketidak bijaksanaan kita dengan menyatakan kita sakit itu dan ini.. cukuplah sekadar orang terdekat mengerti dan memahami apa yang kita lalui.. untuk menempuh fasa meditasi..
Kadang kala ia terjadi..kadang kala ia pergi..
Cari dan gali apa yang mampu merawat hati..hanya kita dan DIA yang mengerti..😇
Aku juga sedang melalui fasa mengembangkan bisnes family.. aku harap aku kuat untuk lalui hari demi hari..
Apa yang aku buat dalam mencari jalan keluar dari sepi adalah
- Mengaji (wajibkan diri)
- Membaca (target 5 buku sebulan)
- Menonton movie (sambil lipat kain)😂
- Ini diriku.. aku perlu menulis..sekadarnya..agar tidak terbuku di hati..🤍❤️
Aku yang kini kembali
Ezza Taufik🌸
No comments:
Post a Comment